Kota Kusai,
Kancah Jerlus. Meriah, selari dengan kebusukan yang mewarnai hari-hari para
makhluk Kota Kusai, ibu kota Kancah Jerlus. Kepala demi kepala terlihat. Bau
muntahan sisa perut menyelubungi. Pun begitu, satu kepala berambut mohawk
dengan selamba bertenggek di atas bumper kereta. Dee Od.
Dee Od
memikirkan mana tempatnya di dunia gelap ini. Dia keliru, mana harus dia
meletakkan diri.
Malam yang
sejuk, fikir Dee Od lantas melontar pandangan pada dua makhluk berjantina
perempuan. Pemerhatian, pakaian mereka nipis dan bagaikan pawang afrika yang
menyanyi memanggil hujan. Hipotesis, kulit mereka tebal. Sambil membetulkan
jaket jeans rabak berwarna biru pudar, Dee Od melepaskan oksigen yang disedut
dengan berat. Terkena radiasi agaknya. Dee Od mula membayangkan keadaan jika
benar radiasi memutasikan makhluk Kota Kusai. Tak apa, rambut aku ada. Fikir
Dee Od sambil merapikan rambutnya yang tercacak.
Dee Od
mengeluarkan Nokia 3310 miliknya setelah nada dering monofonik kedengaran.
Woyt. kart mnew?
Ekspresi
Dee Od menunjukkan kebencian tahap maksima.
Di hadapan Zicken Zoup Bar. Jemput bertandang
ke mari. Hantar.
"Jom
ikut aku." Sameon, atau Sam berkata setelah sampai di lokasi penenggekan
Dee Od. Kening Dee Od diangkat sebelah, tinggi. "Pukul orang." Tambah
Sam. Dee Od nampak batang besi yang dipegang Sam. Dia tarik nafas sambil
meletakkan tangan dibelakang kepala lalu melabuhkan badan diatas kereta
tempatan, Agas berwarna merah yang menjadi tempatnya bersemayam.
"Malaslah."
Kata Dee Od sambil meletakkan kaki kanannya di atas lutut kiri. Dee Od
perhatikan Sam menyarung brass knuckle di tangan kanannya.
"O.k.
lah, gua blah dulu." Sam terus melangkah laju meninggalkan Dee Od di
pembaringannya. Dee Od mendengus, terkenang pergaduhannya dengan Cik Nyau
dahulu.
"Kau
kata apa?" Suara nyaring wanita hampir separuh abad bergema. "Ada
tahi depan rumah aku?" Dee Od angkat kening. Apa hal orang tua ni, tak
habis lagi ikhtiar dia nak cari gaduh? Aku dah sabar lama. Fikir Dee Od.
"Siapa berak depan rumah aku ni?" Kali ini, suara dia meninggi.
Tanpa
disedari, kesabaran Dee Od terhapus dengan frekuensi gelombang bunyi yang
tinggi itu. Tanpa disedari, Dee Od menengking kembali. "Siapa pulak berak
depan rumah kau?" Penggunaan aku-kau telah menggantikan saya-makcik. Rasa
hormat mula melebur.
"Kau
kata ada tahi depan rumah aku pada budak-budak tu!" Cik Nyau menengking
lagi.
"Aku
main-main dengan adik-adik saudara aku, kau tak nampak ke plaster simen
sepanjang kaki lima ni?" Dee Od berkata benar, tak terlintas di fikiran
nak cari pasal pada hari mulia. Pergaduhan itu membuatkan mak bapak dan pakcik
Dee Od terlibat setelah Cik Nyau menjerit "Kurang ajar" dan mengadu
yang tidak-tidak pada maknya, Umi. Pergaduhan itu berlaku pada waktu yang tidak
kena, pada waktu rumah terbuka Hari Raya dirumah Dee Od.
Bodoh. Maki Dee Od di dalam hati. Mengingatkan semua yang
Cik Nyau lakukan pada dia sekeluarga membuatkan dia panas hati. Sambil
mempersoalkan kenapa perlu orang cari masalah, air dalam botol hijau diteguk.
Dengki? Atau memang secara lumrahnya suka?
Maunten Diu yang hilang kesejukannya diteguk lagi. Tekak Dee
Od semakin kering apabila minum air dalam botol hijau itu, lantas dia turun
dari bumper Agas merah dan bergerak ke 24seven, kedai serbaneka yang selalu
disinggahi Dee Od.
"Two seventy"
Dee Od hulurkan not 3 hengget dan berlalu dari kaunter,
seterusnya keluar. Dia tak ambil baki. Sebabnya? Malas melihat dua cashier
kedai yang suka menggeletis. Si perempuan gelak tergedik-gedik bila dicucuk
pinggang, dicuit, dipegang sini sana oleh si lelaki. Suasana dan pemandangan
yang meloyakan tekak dan merengsakan mata.
Kembalinya Dee Od dari pemandangan menyeksakan, datang pula
yang lain. Lelaki tua yang ditemani perempuan seksi memegang sana-sini,
dialihkan pandangan. Terlihat pula perempuan yang terkeliru jantinanya
bercumbuan dengan kaum sejenis di tepi jalan. Yang lebih memedihkan mata, si
'lelaki' berjengket manakala si perempuan menunduk sedikit. Bangang. Kutuk Dee
Od di dalam hati. Sedang dia sibuk memerhati, satu lembaga menarik
perhatiannya. Perempuan tinggi dan kurus yang berdress merah. Dee Od terus
memerhati, liuk lentuknya lembut, bentuk badan yang diidamkan para jantan— dan
bersuara garau. Dee Od terus memerhati sehingga si 'perempuan' hilang dari
pandangan. Entah macam mana, Dee Od teringat sesuatu.
Dee Od berjalan menuju ke Bistro Penyu Perak di Taman Layu,
dia terlihat pasangan-pasangan di taman tasik. Aktiviti-aktiviti fizikal yang
merancakkan suasana membuat Dee Od meremang. Semak-semak bergoyang, bunyi-bunyi
asing.
Dia tak sanggup menyenaraikannya. Getik. Dia penat— penat
melihat fiil makhluk di kota gelap itu. Segala yang terjadi di depan matanya
adalah mainstream zaman kini. Terlalu mainstream.
Kini dia yakin tempat dia dimana.
Dia hipster, dia rebel.
Dia tetap Melei, cuma berbeza.