telur

kebosanan yang melampau

telur.
aku ambil tiga biji telur dari reban di rumah aku.
reban telur di mana hanya terdapat telur, tapi tidak ayamnya.

aku cuba mengambil tiga telur dengan satu tangan.
telur pertama, sukses.
telur kedua, tergelincir di atas tray sebab kelicinan dan kemulusan kulit telur tersebut.
nasib, tak pecah. aku ambil, sukses lagi.
yang ketiga, aku agak payah mengambilnya.
mam nak lalu, reban telur seperti yang sebut tadi adalah oven.
pintu oven terbuka habis, dapur pula kecil.
tertonggek aku mengambil telur itu. sukses!

aku pecahkan kulit telur pertama.
setelah masak, aku angkat dengan spatula like a boss.
aha! sukses.
telur kedua, licin.
separuh kulit telur terlepas ke dalam kuali.
sudah lah meletup meletup. aku yang cuak, sudah berada di sebalik peti sejuk.
ish, mam yang angkatkan.
telur ketiga, no problemo.
aku guna pakai minyak mam goreng ayam.
hah, sudah pasti la rasa ayam semalam tak terlekat di telur-telur tersebut.
rupa telur-telur tu? sudah pasti lah buruk.
ah, aku persetankan rupa telur tu.
angah juga diam. kalau dia komen tadi, buku lima aku bertapak dimukanya.
aku kekenyangan, selepas ni subuh pula.
puasa hari ini, aku harap berkat.
burp! alhamdulillah.

05:30, Mon 26 Dec 2011