Terror Mirror

Juxtaposed.
That is just how they are.
Left-handed and right-handed,
Black and white,
Colourful and colourless.

Is it true that those are all?
The lacking side knows.

Contrary.
From the way they are treated,
From the way they are looked,
From the way they are judged.

There the Mary Sue, swirling in pride with all the coziness.
There the unnamed, squatting in dejection with all cold breeze brushes the skin-- forcing it to dry and die.

The flawless and the flawed, which can be seen-- even from the other side of the sea.
Saddening-- and maddening world.
On the other hand,
Happening-- and fascinating world. For Mary Sue.

And they say they are civilised.
Political rabids.

Melei's Dilemma


Kota Kusai, Kancah Jerlus. Meriah, selari dengan kebusukan yang mewarnai hari-hari para makhluk Kota Kusai, ibu kota Kancah Jerlus. Kepala demi kepala terlihat. Bau muntahan sisa perut menyelubungi. Pun begitu, satu kepala berambut mohawk dengan selamba bertenggek di atas bumper kereta. Dee Od.

Dee Od memikirkan mana tempatnya di dunia gelap ini. Dia keliru, mana harus dia meletakkan diri.
Malam yang sejuk, fikir Dee Od lantas melontar pandangan pada dua makhluk berjantina perempuan. Pemerhatian, pakaian mereka nipis dan bagaikan pawang afrika yang menyanyi memanggil hujan. Hipotesis, kulit mereka tebal. Sambil membetulkan jaket jeans rabak berwarna biru pudar, Dee Od melepaskan oksigen yang disedut dengan berat. Terkena radiasi agaknya. Dee Od mula membayangkan keadaan jika benar radiasi memutasikan makhluk Kota Kusai. Tak apa, rambut aku ada. Fikir Dee Od sambil merapikan rambutnya yang tercacak.

Dee Od mengeluarkan Nokia 3310 miliknya setelah nada dering monofonik kedengaran.
Woyt. kart mnew?
Ekspresi Dee Od menunjukkan kebencian tahap maksima.
Di hadapan Zicken Zoup Bar. Jemput bertandang ke mari. Hantar.

"Jom ikut aku." Sameon, atau Sam berkata setelah sampai di lokasi penenggekan Dee Od. Kening Dee Od diangkat sebelah, tinggi. "Pukul orang." Tambah Sam. Dee Od nampak batang besi yang dipegang Sam. Dia tarik nafas sambil meletakkan tangan dibelakang kepala lalu melabuhkan badan diatas kereta tempatan, Agas berwarna merah yang menjadi tempatnya bersemayam.
"Malaslah." Kata Dee Od sambil meletakkan kaki kanannya di atas lutut kiri. Dee Od perhatikan Sam menyarung brass knuckle di tangan kanannya.
"O.k. lah, gua blah dulu." Sam terus melangkah laju meninggalkan Dee Od di pembaringannya. Dee Od mendengus, terkenang pergaduhannya dengan Cik Nyau dahulu.

"Kau kata apa?" Suara nyaring wanita hampir separuh abad bergema. "Ada tahi depan rumah aku?" Dee Od angkat kening. Apa hal orang tua ni, tak habis lagi ikhtiar dia nak cari gaduh? Aku dah sabar lama. Fikir Dee Od. "Siapa berak depan rumah aku ni?" Kali ini, suara dia meninggi.
Tanpa disedari, kesabaran Dee Od terhapus dengan frekuensi gelombang bunyi yang tinggi itu. Tanpa disedari, Dee Od menengking kembali. "Siapa pulak berak depan rumah kau?" Penggunaan aku-kau telah menggantikan saya-makcik. Rasa hormat mula melebur.
"Kau kata ada tahi depan rumah aku pada budak-budak tu!" Cik Nyau menengking lagi.
"Aku main-main dengan adik-adik saudara aku, kau tak nampak ke plaster simen sepanjang kaki lima ni?" Dee Od berkata benar, tak terlintas di fikiran nak cari pasal pada hari mulia. Pergaduhan itu membuatkan mak bapak dan pakcik Dee Od terlibat setelah Cik Nyau menjerit "Kurang ajar" dan mengadu yang tidak-tidak pada maknya, Umi. Pergaduhan itu berlaku pada waktu yang tidak kena, pada waktu rumah terbuka Hari Raya dirumah Dee Od.

Bodoh. Maki Dee Od di dalam hati. Mengingatkan semua yang Cik Nyau lakukan pada dia sekeluarga membuatkan dia panas hati. Sambil mempersoalkan kenapa perlu orang cari masalah, air dalam botol hijau diteguk. Dengki? Atau memang secara lumrahnya suka?
Maunten Diu yang hilang kesejukannya diteguk lagi. Tekak Dee Od semakin kering apabila minum air dalam botol hijau itu, lantas dia turun dari bumper Agas merah dan bergerak ke 24seven, kedai serbaneka yang selalu disinggahi Dee Od.
"Two seventy"
Dee Od hulurkan not 3 hengget dan berlalu dari kaunter, seterusnya keluar. Dia tak ambil baki. Sebabnya? Malas melihat dua cashier kedai yang suka menggeletis. Si perempuan gelak tergedik-gedik bila dicucuk pinggang, dicuit, dipegang sini sana oleh si lelaki. Suasana dan pemandangan yang meloyakan tekak dan merengsakan mata.

Kembalinya Dee Od dari pemandangan menyeksakan, datang pula yang lain. Lelaki tua yang ditemani perempuan seksi memegang sana-sini, dialihkan pandangan. Terlihat pula perempuan yang terkeliru jantinanya bercumbuan dengan kaum sejenis di tepi jalan. Yang lebih memedihkan mata, si 'lelaki' berjengket manakala si perempuan menunduk sedikit. Bangang. Kutuk Dee Od di dalam hati. Sedang dia sibuk memerhati, satu lembaga menarik perhatiannya. Perempuan tinggi dan kurus yang berdress merah. Dee Od terus memerhati, liuk lentuknya lembut, bentuk badan yang diidamkan para jantan— dan bersuara garau. Dee Od terus memerhati sehingga si 'perempuan' hilang dari pandangan. Entah macam mana, Dee Od teringat sesuatu.
Dee Od berjalan menuju ke Bistro Penyu Perak di Taman Layu, dia terlihat pasangan-pasangan di taman tasik. Aktiviti-aktiviti fizikal yang merancakkan suasana membuat Dee Od meremang. Semak-semak bergoyang, bunyi-bunyi asing.

Dia tak sanggup menyenaraikannya. Getik. Dia penat— penat melihat fiil makhluk di kota gelap itu. Segala yang terjadi di depan matanya adalah mainstream zaman kini. Terlalu mainstream.

Kini dia yakin tempat dia dimana.
Dia hipster, dia rebel.
Dia tetap Melei, cuma berbeza.