RATU TAK SIUMAN


propa kau tidak berkesan,
drama kau tidak membawa makna,
usah lah membazir masa,
drama kau tidak laku di pasaran.

maaf aku bukan si dungu,
lebih baik aku gunakan masa memuat turun lagu-lagu hentak kepala,
tidak kuasa melayan si gila,
yang tidak layak menyertai teater.

cukup lah,
mencari publisiti dengan air liur sebagai modal,

malangnya aku tidak suka,
air liur dilempiaskan ke muka.

adegan palsu,
untuk dipertontonkan,
agar orang melihat kau yang serba boleh,
tapi semuanya palsu belaka,
aku bertanya soalan yang aku sendiri tahu jawapannya,
tapi kau jongketkan bahu,
aku tertanya,
bukankah kau cendekiawan yang serba tahu,
atau hanya mahu menunjuk-nunjuk bahawa kau tahu.

tidak mengapa,
kau dapat kemenangan,
menangi anugerah ratu propa tidak siuman,
tahniah aku ucapkan,
semoga bahagia di Tanjung Rambutan.

2 comments:

diode s said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kau cool :)
klau boleh buat buku :)

sike said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

=.= kau lah buat buku