dialog sunyi. norma hidup gua.
gua berdialog, tak ada balasan.
gua tanya soalan, tak ada jawapan.
gua rasa sebab ada orang macam gua la, wujud perkataan monolog.
lahir perkataan sunyi, sepi.
ah, kambing.
gua tak tahu kenapa gua salahkan kambing.
bangang. gua terasa bangang.
maafkan gua kambing.
gua bosan bermonolog.
kenapa manusia semua tak pasang telinga.
semua pekak macam badak.
gua minta maaf badak.
gua cuma guna ayat norma.
gua tak tahu kenapa orang kata pekak badak.
gua minta maaf bagi pihak manusia.
baik gua diam.
sebelum gua mula menyebut nama binatang popular.
baiklah, gua diam.
siput khinzir.
huh. maaf.
cacamarba
menaip. aku suka menaip.
aku taip kata kata yg aku nak kata. tapi tak terkata.
menulis. kenapa aku tak menulis.
mungkin kerana hasil tulisan aku tahapnya jauh lebih rendah daripada cakaran ayam.
liuk lentuk lekuk tangan aku keras.
pemilik tangan itu juga adalah datuk bandar di bandar Malas.
ia memburukkan keadaan.
waktu peperiksaan, aku risau dengan tulisan aku yg hebat masterpiecenya.
sgt abstrak dan tak difahami.
seringkali aku malu orang melihat tulisan aku yg tersirat dan berselirat.
apatah lagi aku ini perempuan.
oh, sungguh malu.
aku lihat tulisan budak lelaki di kelas, kemas dan sejuk mata memandang.
kadangkala melihatkan perilaku sesetengah lelaki yg lebih sopan daripadaku,
aku terasa rendah.
namun kekerasan aku berguna
tatkala samdol samdol menadah muka merayu
meminta buku lima dan buku lali aku berlalu di muka mereka,
lalu tapak kasut atau selipar jepunku bertapak di pancaindera mereka dgn megah.
aku sering di perbanding dgn gadis-gadis, anak-anak dara atau mungkin tiada dara siapa tahu.
bersopan dan bersantun santan serta manis tahap gula terlebih sukatan.
tidak kah mereka tahu, kita dinasihatkan untuk mengurangkan kadar gula.
satu sudu sudah cukup. kurang lebih baik bukan?
ah, lari sudah percakapan aku.
oh. mereka juga kata aku peguam buruk (loyar buruk/lawyer buruk)
aku tak berminat untuk menjadi lawyer baik lawa mahupun buruk.
oh, sadis sungguh.
tikam saja muka aku
pendam
diam
atau
luah
cakap
aku tak reti semua ni
dulu aku tak kisah langsung
sampai orang panggil aku robot
haha dulu aku suka.
robot... macam cool.
sekarang bila dipanggil robot
rasa terhina
apa, ingat aku tak ada perasaan ke
orang lain tak kisah pun apa aku rasa.
orang lain ingat mereka mereka je ada rasa.
bodoh.
aku luah rasa
orang cakap emo
aku pendam rasa
orang cakap robot
mula mula aku sumbat kapas ditelinga
lama lama kapas pun habis
mula mula aku tak rasa apa apa
lama lama hati ditikam sadis
cakap seorang manusia
dah boleh buat aku ranap
aku dah lembik.
aku dah tak kuat.
aku dah lain.
Subscribe to:
Comments (Atom)