menaip. aku suka menaip.
aku taip kata kata yg aku nak kata. tapi tak terkata.
menulis. kenapa aku tak menulis.
mungkin kerana hasil tulisan aku tahapnya jauh lebih rendah daripada cakaran ayam.
liuk lentuk lekuk tangan aku keras.
pemilik tangan itu juga adalah datuk bandar di bandar Malas.
ia memburukkan keadaan.
waktu peperiksaan, aku risau dengan tulisan aku yg hebat masterpiecenya.
sgt abstrak dan tak difahami.
seringkali aku malu orang melihat tulisan aku yg tersirat dan berselirat.
apatah lagi aku ini perempuan.
oh, sungguh malu.
aku lihat tulisan budak lelaki di kelas, kemas dan sejuk mata memandang.
kadangkala melihatkan perilaku sesetengah lelaki yg lebih sopan daripadaku,
aku terasa rendah.
namun kekerasan aku berguna
tatkala samdol samdol menadah muka merayu
meminta buku lima dan buku lali aku berlalu di muka mereka,
lalu tapak kasut atau selipar jepunku bertapak di pancaindera mereka dgn megah.
aku sering di perbanding dgn gadis-gadis, anak-anak dara atau mungkin tiada dara siapa tahu.
bersopan dan bersantun santan serta manis tahap gula terlebih sukatan.
tidak kah mereka tahu, kita dinasihatkan untuk mengurangkan kadar gula.
satu sudu sudah cukup. kurang lebih baik bukan?
ah, lari sudah percakapan aku.
oh. mereka juga kata aku peguam buruk (loyar buruk/lawyer buruk)
aku tak berminat untuk menjadi lawyer baik lawa mahupun buruk.
oh, sadis sungguh.
4 comments:
nice \m/
trimas. kahkah
dibaca.
@kami tulis trimas kasih
Post a Comment